NOVEL MENITI IMPIAN TINGKATAN 2
TEMA
-Semangat dan kesungguhan seseorang pelatih IKM dalam usaha untuk mencapai kejayaannya menjadi tukang perabot yang berjaya . Zahar mahu meneruskan kejayaannya dalam bidang tersebut . Dia telah bekerja dengan bapa saudaranya di bengkel perabot . Semangatnya makin membara apabila dihina dan dipandang rendah oleh Suhaili .
PERSOALAN
-Kasih sayang dalam sebuah keluarga
-Percintaan dalam kalangan remaja
-Rela berkorban demi keluarga
-Ketabahan menghadapi kesusahan hidup
-Kemiskinan penduduk kampung yang tinggal di kawasan pendalaman
-Hubungan mesra antara kaum
-Kepentingan pelajaran dalam kehidupan
-Usaha membawa kejayaan
WATAK DAN PERWATAKAN
a) WATAK UTAMA dalam novel ialah Zahar
b) WATAK SAMPINGAN
-Suhaili
-Pak Yusuf
-Mak kiah
-Mak Temah
-Tauke Lim
-Norimi
-Cikgu Baharum
-Razali
ZAHAR
-Merupakan anak sulung Mak Kiah , mempunyai 2 orang adik beradik iaitu Halim dan Zakri
-Ayah Zahar telah meninggal dunia
-Seorang yang gigih dan rajin
-Mempunyai cita-cita yang tinggi
-Tidak mudah putus asa
-Seorang yang penyayang
-Seorang yang setia dalam percintaan
-Beradab dan berbudi pekerti mulia
-Seorang yang berprinsip
PAK YUSUF
-Bapa saudara Zahar
-Mempunyai isteri bernama Mak Temah dan 2 org anak yang masih belajar di universiti
-Memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot
-Seorang yang lemah lembut dan bertimbang rasa
-Seorang yang prihatin , menolong orang lain
-Sentiasa memberi dorongan kepada anak saudaranya
MAK KIAH
-Ibu kepada Zahar
-Sudah kematian suami
-Mempunyai 3 orang anak iaitu Zahar , Halim , dan Zakri
-kerja mengambil upah menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang
-Seorang yamg penyayang
-Mementingkan pelajaran anak anaknya
-Sentiasa memberikan perangsang kpda anak-anaknya
MAK TEMAH
-Isteri kepda Pak Yusuf
-memiliki fizikal yang agak berisi (saiz badan)
-Rajin memasak
-patuh kepda suami
-sentiasa memberi dorongan kepada Zahar yang berjaya
SUHAILI
-Bekas teman sekelas Zahar sewaktu sekolah
-merupakan anak kepada Pak Karim iaitu Ketua Kampung Caruk Petitih
-graduan lepasan diploma di ITM
-seorang yang pendiam , cantik tetapi mesra
-pernah menjadi buah hati Zahar
-bersifat ego
-mementingkan pelajaran
-sanggup memutuskan hubungan dengan Zahar kerana dia telah mempunyai teman lelaki yg kacak dan berada
-menyedari kesilapannya lalu meminta maaf kpda Zahar
NORIMI
-berasal dari Johor Baharu
-menyertai kursus di IKM
-seorang yang lemah lembut cantik dan perwatakannya juga menarik
-mengambil kursus Lukisan Seni Bina
-menjalin hubungan dengan Zahar
-mempunyai sedikit perasaan cmburu
-seorang yang rajin dan cemerlang dalam peperiksaan sewaktu di IKM
TAUKE LIM
-mementingkan masa depan anaknya
-mempunyai hubungan rapat dengan kaum melayu
-memberikn galakan kpda Zahar utk berjaya
-mempunyai visi dlm bidang perniagaan
-mempunyai kedai menjual dan membaiki basikal
-ingin membuka kedai kopi
CIKGU BAHARUM
-guru kursus pertukangan di IKM
-bertanggungjawab
-gemar memberi nasihat
-tidak lokek memberi ilmu
-memastikan pelatih2 nya berjaya dlm setiap peperiksaan yang dijalankan di IKM
RAZALI
-masih bujang
-membantu Zahar dgn cara mengajaknya tinggal bersama
-seorang yang pendiam rajin dan tidak banyak karenah
-bekerja di kilang perabot
LATAR BELAKANG
-kampung Caruk Petitih , Sik kedah
-bengkel Pak yusuf
-Masjid
-Rumah Zahar
-Rumah Pak Karim
-City Point
-Stesen Bas MARA
-IKM Sungai Petani
-Bengkel pertukangan perabot di IKM
-Padang bola sepak di IKM
-Stesen bas , Taiping
-Kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad , Taiping
-Bilik Penolong Ketua Unit Pemasaran
-Rumah sewa Razali
LATAR MASA
-Waktu siang , awal pagi , tengah hari , petang , malam , Setahun lebih , Hari selasa , Enam bulan dan tiga minggu .
LATAR MASYARAKAT
*MASYARAKAT YANG 👇
-hidup miskin
-menjalankan kegiatan perniagaan
-penyayang
-berpendidikan
-berkerjasama
-hidup harmoni antara kaum
-saling membantu
-berdikari dan berusaha
-keazaman yang tinggi
-ego
-taat pada perintah agama
GAYA BAHASA
1 . AYAT AYAT PENDEK CTH :
* Pak Yusuf mengangguk
*"kenapa pula mak ?"
* "okey , aku setuju "
2 . AYAT AYAT PANJANG CTH :
* " Yalah , kenapa tauke macam terperanjat pula ? " tanya Zahar setelah Tauke Lim beralih dan memandang ke hadapan semula.
3 . BAHASA INGGERIS
* " Surat daripada girlfriend , ya ? " tukas Norimi lagi.
4 . BAHASA ARAB
* "Insya-Allah , berkat kerja kuat kita , siaplah ! "
*Zahar tergesa gesa mandi setelah emaknya selesai
mengambil wuduk.
5 . BAHASA DAERAH
* Dia berjalan (gontai) dibawah lindungan pokok.....
6 . PERIBAHASA
* " Wah , kau dengan suhaili itu patutlah macam isi
dengan kuku !
* Zahar tidak pernah (berat mulut) menasihati.
7 . SINKOPE
* Adakah ini semua kebetulan saja ?
NILAI
-kerajinan
-kerjasama
-ketabahan
-keyakinan
-keberanian
-kesetiaan
-baik hati
-kesabaran
PENGAJARAN
-Kita janganlah suka menghina orang yang lebih rendah dari kita.
-Tabah menghadapi dugaan hidup
-berjimat cermat dan tidak boros
-bersyukur dengan segala nikmat kurniaan tuhan
-saling menghormati
-rajin berusaha
-berkeyakinan tinggi untuk melakukan sesuatu.
_SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA ORANG TERUTAMANYA KEPADA PELAJAR BAKAL MENDUDUKI UJIAN DAN PT3
-SEKIAN TRMAKASIH-😊
Persoalan penuh ada tak
BalasPadamItu singkatan dia kalau nak penuh tinggal bagi ayat mcm ni "persoalannya ialah usaha tangga kejayaan"
PadamContoh zahar seorang Yang penyayang
BalasPadamHarrah's Cherokee Casino Resort - MapYRO
BalasPadamHarrah's Cherokee Casino Resort is a Native 부천 출장안마 American casino 남양주 출장마사지 on 나주 출장안마 the Qualla Reservation 충청북도 출장샵 in Cherokee, North Carolina. The casino 공주 출장마사지 was closed in November